Pengurus Newcastle, Eddie Howe berharap isu Alexander Isak segera selesai. Ini kerana pengurus itu berpendapat, isu Isak tersebut telah mengganggu pasukannya.
Isak dilaporkan mendesak perpindahan ke Liverpool. Dengan Newcastle tidak mahu menjual pemain tersebut.
Terbaru Newcastle terikat seri tanpa jaringan berdepan Aston Villa. Dan salah satu sebabnya adalah ketiadaan Isak di barisan serangan.
Newcastle hilang sentuhan penyerang itu, kerana pemain itu disisihkan daripada perlawanan ini. Memandangkan isu di luar padang Isak masih belum ada titik penyelesaian.

Eddie Howe akui isu Isak menjadi sebab kenapa pasukannya tidak dapat fokus sepenuhnya.
“Saya berharap cerita Isak ini dapat diselesaikan segera. Sebab berita ini mengganggu kami sepanjang masa.
“Pemain harus pekakkan telinga mereka dan tunjukkan prestasi di atas padang. Kami harus meneruskannya. Kami harus meneruskan perjuangan tanpa naratif yang menentang kami.”
🚨⚠️…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: