Site icon Kool FM

Eddy Badry Sedia Kemukakan Bukti Bahawa Dia Pengasas XPDC & Real XPDC


Eddy Badry tampil mempertahankan bahawa dia adalah pengasas sebenar XPDC dan Real XPDC. Dia turut mendakwa dia orang yang bertanggungjawab mencungkil bakat Mael.

Eddy Badry menepis kritikan daripada pengurus XPDC KPY sebelum ini, Bro Yazid yang mendakwa hanya 2 kumpulan dibenarkan menggunakan nama XPDC iaitu XPDC KPY dan XPDC Militia – dengan izin Life Records.

Selebih itu Yazid menganggap hanya XPDC palsu yang mengambil kesempatan menggunakan nama XPDC.

Eddy Badry mengecam Yazid dan menuduh dia kuat temberang. Kerana Eddy Badry mendakwa dia berhak ke atas nama XPDC selaku pengasas.

Tidak lama kemudian, Azmey pula tampil mendakwa telah menubuhkan Real XPDC bersama arwah Mael tampil memberikan kenyataan.

Dipetik dari Astro Awani, Azmey berkata: “Jika berasakan bahawa mereka bukan XPDC tetapi adalah Real XPDC seperti yang didakwa, mereka perlu tampil memberikan dokumen dan bukti untuk membolehkan ia dihalalkan dan tidak menyalahi undang-undang mahupun hak cipta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version