Eddy menghadiahkan pingat gangsa 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) buat negara dengan catatan 11.58 saat (s) pada hari keempat Sukan Paralimpik 2024 di Stade de France.
Meskipun dilahirkan dengan keadaan tangan dengan sebahagian jari bersambung dan kaki kecil di bahagian kanan, atlet dari Beluran, Sabah, itu sentiasa berfikiran positif.
Malah, beliau sering meletakkan dirinya mampu membuat apa yang manusia dilahirkan dalam keadaan cukup sifatnya lakukan.
“Bila lihat orang lebih sempurna fizikalnya boleh buat, saya pun boleh. Saya selalu cuba positifkan diri saya.
“Kadang-kadang pernah rasa rendah diri namun saya cuba alih fikir benda lain dan lawan diri untuk positif…jangan fikir negatif,” katanya kepada Harian Metro.
Bukan sahaja memenangi gangsa, malah beliau turut mencatatkan masa 11.58s yang memecahkan rekod Asia terdahulu milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lalu.
Sementara itu,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: