PETALING JAYA – Edotco Group telah dilantik sebagai rakan teknologi oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) melalui anak syarikatnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. untuk menyempurnakan menara Merdeka 118 dengan pelbagai solusi teknologi telekomunikasi generasi baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarahnya, Adlan Tajudin berkata, menerusi usaha sama itu, pihaknya akan bertanggungjawab ke atas reka bentuk menara tersebut, membekalkan dan menyelenggara solusi-solusi telekomunikasi build-to-suit dalam bangunan (IBS), menjamin sambungan yang lancar dan stabil bagi menara yang ikonik ini.
“Sebagai persiapan untuk daya keterhubungan hiper masa hadapan, antena, repeater dan IBS generasi baharu yang lain juga akan dipasang di seluruh menara tersebut.
“Ketersediaan infrastruktur telekomunikasi serba inovatif itu juga akan membolehkan operator rangkaian mudah alih menawarkan sambungan internet berkelajuan tinggi dalam kadar segera tanpa perlu menunggu pelaburan besar,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: