Industri spa sentiasa dikuasai oleh kaum wanita kerana permintaan daripada pelanggan sentiasa ada kerana ia salah satu cara mereka untuk berehat, menenangkan minda dan jiwa serta memulihkan badan yang sebelum ini sentiasa cergas aktif bergerak.
Bersandarkan permintaan yang tinggi, rata-rata mereka yang terlibat dalam industri ini amat meminati bidang tersebut sehingga sanggup belajar dan berbelanja besar untuk mendalami bidang itu.
Pengurus Spa dan Perkhidmatan Pelanggan, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort di Lumut, Perak, Jeffery Fairus melihat amanah untuk mengetuai eforea Spa membolehkan beliau mendalami perkara tersebut secara berperingkat tanpa ada rasa malu dan tertekan kerana ia adalah satu bidang yang menerujakan malah mendidik diri serta pelanggan ke arah cara hidup yang lebih sihat.
Beliau yang memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perhotelan menjadikan ini sebagai peluang keemasan untuk mempelajari industri spa yang berpotensi dan sentiasa menyakinkan ahli…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
