
PETALING JAYA – Kewujudan ekonomi bayangan khususnya perdagangan rokok haram atau rokok seludup adalah antara isu utama yang akan terus menjejaskan usaha negara meningkatkan kecekapan kutipan cukai dan kepelbagaian asas hasil negara.
Menurut Pengarah Urusan Datametrics Research & Information Centre (DARE), Pankaj Kumar, ini adalah satu ‘kebocoran’ lama yang akan terus menjejaskan usaha kerajaan.
Ini dapat dilihat kepada data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), yang mana ia memberikan gambaran jelas mengenai cabaran tersebut, antaranya adalah bagi tempoh Januari hingga November 2025, jumlah nilai rampasan melibatkan barangan bercukai, termasuk duti dan cukai yang tidak dibayar, meningkat sebanyak 17.5 peratus tahun ke tahun kepada RM1.8 bilion.
“Daripada jumlah ini, rampasan berkaitan rokok sahaja melibatkan lebih daripada 526 juta batang, dengan anggaran cukai tidak dibayar melebihi RM360 juta.
“Sebagai perbandingan, hasil cukai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: