
PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada tahun 2025, mengatasi pencapaian 5.1 peratus pada 2024, menurut laporan Jabatan Perangkaan hari ini.
Prestasi tersebut disokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada suku tahun keempat 2025, yang merupakan pertumbuhan suku tahunan tertinggi Malaysia sejak suku tahun keempat 2022, yang merekodkan 7.4 peratus.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan ekonomi pada suku tahun keempat 2025 terus disokong oleh pengukuhan permintaan domestik.
Jelasnya, ia dipacu oleh aktiviti pelancongan semasa cuti umum dan cuti persekolahan, peningkatan perbelanjaan persekolahan susulan pelarasan kalendar akademik 2026, perbelanjaan perayaan, kestabilan pasaran buruh serta aktiviti pelaburan yang berterusan.
“Aktiviti ekonomi pada suku tahun ini turut diperkukuh oleh penganjuran ratusan mesyuarat, persidangan dan program antarabangsa selaras dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: