PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 4.4 peratus bagi tempoh suku tahun pertama 2025, berdasarkan anggaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) awalan yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini.
Ini berbanding pengembangan lima peratus yang dicapai pada suku tahun sebelumnya.
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin, pertumbuhan KDNK Malaysia kekal kukuh dalam situasi cabaran global yang berlarutan, disokong oleh asas ekonomi domestik yang berdaya tahan.
“Sektor Pembuatan merekodkan peningkatan output 4.8 peratus pada Februari, dipacu terutamanya oleh industri berorientasikan eksport, manakala perayaan bermusim seperti sambutan Tahun Baru Cina, persediaan Ramadan dan pembukaan semula tahun persekolahan telah membantu memastikan aktiviti ekonomi kekal positif.
“Faktor-faktor ini menyumbang kepada prestasi jualan perdagangan edaran yang lebih kukuh, dengan peningkatan 5.1 peratus pada Februari berbanding 4.6 peratus pada bulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: