PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia berkembang lebih perlahan iaitu pada tujuh peratus pada suku keempat tahun 2022 berbanding 14.2 peratus pada suku ketiga tahun ini.
Ini adalah kerana sokongan daripada langkah-langkah rangsangan dan kesan asas rendah yang berkurang.
Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia yang dikeluarkan hari ini, aktiviti sektor swasta kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta.
Penggunaan swasta yang terus meningkat didorong terutamanya oleh keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik.
Sementara itu, pertumbuhan eksport keseluruhan menjadi sederhana sejajar dengan permintaan luaran yang semakin lemah.

“Hal ini sebahagiannya diimbangi oleh prestasi eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) yang berdaya tahan serta aktiviti pelancongan yang lebih giat, sektor perkhidmatan dan perkilangan terus memacu pertumbuhan,” jelasnya.
Bank pusat melaporkan, secara keseluruhannya, ekonomi Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: