PETALING JAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok dijangka akan memutuskan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus bagi menangani cabaran ekonomi semasa.
Ketua Penganalisis Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah berkenaan sekiranya diambil, akan mengurangkan kos pembiayaan bagi sektor perniagaan dan juga isi rumah.
Ini seterusnya menggalakkan aktiviti pembiayaan dalam sektor perbankan dan menggalakkan lagi aktiviti permintaan domestik.
“Situasi ekonomi bagi tempoh separuh tahun yang kedua ini dilihat lebih mencabar. Terbaharu, Amerika Syarikat (AS) telah pun menaikkan kadar tarif import timbal balik untuk barangan daripada Malaysia berjumlah 25 peratus, berbanding 24 peratus sebelum ini.
“Ini sudah pasti akan memberi kesan terhadap momentum pertumbuhan ekonomi bagi separuh tahun yang kedua dan menuntut satu bentuk campur tangan oleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
