Site icon Kool FM

Ekonomi negara kukuh pada kadar pertumbuhan 8.9%


PETALING JAYA – Ekonomi negara mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua tahun 2022 berbanding suku pertama hanya pada lima peratus.

Menurut Bank Negara Malaysia, meskipun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebahagiannya disebabkan oleh asas yang rendah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh pada bulan Jun 2021, pertumbuhan pada bulan April dan Mei 2022 menunjukkan prestasi yang kukuh. 

Jelasnya, permintaan dalam negeri terus kukuh, disokong oleh pemulihan keadaan pasaran pekerja yang stabil dan sokongan dasar yang berterusan. 

“Pertumbuhan yang lebih tinggi juga mencerminkan kegiatan ekonomi yang kembali normal apabila negara beralih ke fasa endemik dan sempadan antarabangsa dibuka semula,” katanya.

Bank pusat memaklumkan juga, eksport terus disokong oleh permintaan yang kukuh untuk produk elektrik dan elektronik . 

Selain itu, pada suku kedua, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing meningkat sebanyak 2.8…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version