Berpisah dengan orang yang paling kita cintai sudah cukup menyakitkan, apatah lagi kalau terpisah antara hidup dan mati.

Pada Sabtu lepas, 19 Ogos 2023 berlangsungnya Meet & Greet serta Movie Screening Ketika Berhenti Di Sini, filem yang dibintangi oleh Prilly Latuconsina, Bryan Domani dan Refal Hady, arahan pengarah muda Indonesia yang berusia 22 tahun, Umay Shahab. Filem ini mengisahkan tentang Dita (Prilly Latuconsina), seorang pereka grafik yang berkenalan dengan seorang artikek bernama Ed (Bryan Domani), dan menjalin hubungan bersama namun merasakan mula menjauh antara satu sama lain setelah empat tahun selepas pertemuan pertama mereka. Malangnya, Ed mengalami kemalangan dan meninggal dunia, membuatkan Dita dibelenggu rasa bersalah. Dua tahun kemudian ketika Dita cuba melupakan tentang Ed dan memulakan hidup baru bersama teman baiknya Ifan (Refal Hady) yang bertukar menjadi kekasih, Dita menerima sepasang cermin mata dengan teknologi Augmented Reality (AR) yang memaparkan visual menyerupai Ed.
@syafiqahazelan Meet & Greet Ketika Berhenti Di Sini.
Pada majlis Meet & Greet, Prilly Latuconsina, Refal Hady dan Umay Shahab disambut lebih kurang 1,000 peminat yang membanjiri ruang legar GSC Starling dan berpakaian serba hitam dan putih mengikut tema. Majlis yang bermula sekitar jam 4 petang itu sangat meriah dengan suara peminat yang tidak henti-henti bersorak.
Filem bergenre Drama dan Romance terbitan Sinemaku Pictures dan edaran Antenna Entertainments ini mempunyai jalan cerita yang tidak bosan dan fast pace. Shot-shot yang diambil juga cantik dan buat anda yang minat lagu-lagu indie, anda pasti akan enjoy runut bunyi dalam filem ini.
Chemistry yang ada di antara Prilly, Bryan dan Refal menjadikan lakonan yang ditonjolkan mereka seakan lebih natural. Malah, penjiwaan watak yang diberikan Prilly juga menghidupkan lagi watak Dita di dalam filem ini.
“Saya belum pernah ada pengalaman kehilangan teman lelaki tetapi datuk saya meninggal dunia ketika proses filem ini dan itu yang membuatkan saya lebih menjiwai watak Dita.” kata Prilly.
Wartawan Kool 101 juga berkesempatan bertanyakan kepada pengarah muda yang berusia 22 tahun ini, Umay Shahab bagaimana tercetusnya idea pembikinan filem ini dan beliau menjawab,
“Siapa pun yang kita inginkan boleh melalui mimpi, tapi mimpi kan bukan kehendak manusia, Tuhan yang memberikan mimpi apa dalam tidur kita. Namun, kaca mata ini muncul, dengan solusi bahwa kita dapat bertemu dengan siapapun kita inginkan dan bila kita inginkan, itu lah mungkin kenapa ideanya bisa muncul.”
Setiap filem pasti ada cabaran ketika pembikinannya dan kata Umay “The biggest challenge, when we shot the movie, our emotions were really unstable. Prilly sendiri kehilangan datuknya ketika shooting filem ini, dan that’s the biggest challenge for us kerana setiap scene nya berat. Jadi perdebatan sering terjadi dan berdebat tentang kesepakatan scene seperti apa yang kita ingin tunjukkan.”
Filem Ketika Berhenti Di Sini sudah mula ditayangkan di Malaysia pada 17 Ogos yang lalu. Bagi anda yang belum lagi tonton filem ini, jangan lupa bawa tisu sebelum masuk wayang ya!