Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Eksport halal Malaysia RM68 bilion

today17 April 2026

Background


PETALING JAYA – Eksport halal negara meningkat 10.9 peratus tahun ke tahun pada 2025 untuk mencapai RM68.52 bilion, memperlihatkan permintaan global yang mampan dan daya tahan industri di tengah-tengah cabaran geopolitik berterusan.

Halal Development Corporation Berhad (HDC) berkata, eksport halal menyumbang 4.3 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan Malaysia tahun lalu, peningkatan kecil sebanyak 0.2 peratus berbanding 2024.

Prestasi eksport terus dipacu oleh segmen makanan dan minuman (F&B), yang menyumbang kira-kira 53.8 peratus (RM36.86 bilion) daripada jumlah eksport halal, diikuti oleh bahan-bahan halal pada RM21.39 bilion (31.2 peratus).

Eksport minyak sawit dan derivatif bernilai RM4.57 bilion, mengalami pertumbuhan ketara sebanyak 55 peratus.

Dari segi destinasi eksport, produk halal Malaysia terus mendapat daya tarikan merentasi pasaran yang pelbagai dengan pasaran eksport utama tahun lalu termasuk China, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

Kao Malaysia perkasa ahli Ibupreneur jadi lebih berdikari

Kao Malaysia melihat inisiatifnya bekerjasama buat kali ketiga dalam memperkasakan ibu atau wanita daripada kumpulan masyarakat yang kurang berkemampuan, telah berjaya meningkatkan semangat mereka untuk terus berdikari dan membangunkan jati diri untuk menjadi individu yang lebih berjaya pada masa depan.

today17 April 2026