Site icon Kool FM

Eksport Malaysia berpotensi lebih kompetitif


KUALA LUMPUR – Sesete­ngah daripada eksport Malaysia mampu menjadi lebih kompetitif susulan tarif timbal balas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara terma­suk Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kadar tarif sebanyak 24 peratus yang dikenakan ke atas import dari Malaysia oleh negara itu masih dianggap sederhana berbanding negara-negara serantau.

Ini berbanding Kemboja (49 peratus), Indonesia (32 peratus), Laos (48 peratus), Myanmar (45 peratus), Thailand (37 peratus), Vietnam (46 peratus) dan China (34 peratus).

“Ramai penganalisis juga berpendapat situasi ini menjadikan Malaysia lebih menarik kepada pengimport dan syarikat AS yang sedang mencari input atau barangan perantaraan yang lebih kompetitif,” katanya pada sidang akhbar berkenaan tarif AS di sini semalam.

Jelasnya, dari sudut kesan penggantian (substitution effect), eksport minyak sawit negara misalnya, dijangka meraih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version