
PETALING JAYA – Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah meraikan seramai 75 peserta Program Pembangunan Profesional (PDP) ILTIZAM Kohort 2025 dalam majlis graduasi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan graduan bumiputera yang mendapat sokongan daripada program ini adalah seramai 807 orang sejak diperkenalkan pada tahun 2012.
ILTIZAM merupakan platform impak sosial Ekuinas yang diwujudkan untuk
memperkasa komuniti bumiputera melalui inisiatif berfokus dan berimpak tinggi
merentasi tiga teras utama, iaitu keusahawanan, pendidikan dan komuniti.
Program ini terus memainkan peranan penting dalam menangani isu pengangguran serta masalah guna tenaga tidak optimum dalam kalangan graduan, terutamanya mereka yang berasal daripada latar belakang
kurang berkemampuan.
Di bawah teras Pendidikan, ILTIZAM PDP ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai inisiatif bersasar bagi menangani isu pengangguran dan pekerjaan yang tidak setara kelayakan dalam kalangan graduan, khususnya belia daripada keluarga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: