Site icon Kool FM

Ekuinas tambah RM100 juta dalam Dana Asas II


PETALING JAYA – Ekuiti Nasio­nal Berhad (Ekuinas) menyediakan peruntukan tambahan dana sebanyak RM100 juta dalam Dana Asas II sebagai usaha untuk menyokong lebih banyak syarikat bumiputera berpotensi dan memiliki pertumbuhan tinggi dalam pasaran pertengahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd. Kadir berkata, dana ini menjadi tranche kedua bagi Dana Asas selepas ia dilancarkan pada Mac tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

“Ekuinas telah memulakan tahun 2024 dengan baik.

“Dalam usaha meneruskan momentum ini, kami akan mengu­kuhkan sokongan kepada le­bih banyak syarikat bumiputera berpotensi dan memiliki pertumbuhan tinggi dalam pasaran pertengahan menerusi Dana Asas II dengan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta,” katanya dalam kenyataan di sini.

Yasir Arafat menjelaskan, syarikat juga memperkenalkan Kredit Persendirian dengan dana diperuntukkan sebanyak RM800 juta yang mana melalui pinjaman tersebut akan memperluaskan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version