KUALA LUMPUR – Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) berkemungkinan akan menangguhkan pelan untuk keluar daripada pelaburannya dalam syarikat peruncit barangan sukan, Al-Ikhsan Sports kepada tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd. Kadir berkata, secara amnya, ketika ini unjuran pasaran keseluruhan terutamanya dalam segmen barangan pengguna dilihat sedikit lemah secara relatifnya.
“Ekonomi tahun ini dijangka kekal mencabar, terdapat banyak tekanan termasuk dari sudut inflasi dan rasionalisasi subsidi bahan api. Bagi sesetengah produk dan perkhidmatan, pengguna dilihat agak berhati-hati untuk membuat perbelanjaan.
“Bagi Al-Ikhsan, apa yang kami akan buat ialah mungkin menangguhkan kepada tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pencapaian Iltizam Catalyst 2023 di sini hari ini.

Ekuinas sebelum ini menyatakan pihaknya terbuka untuk keluar daripada pelaburannya dalam Al-Ikhsan, sama ada menerusi tawaran awam permulaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: