Real Madrid mencatatkan kemenangan penting dalam aksi ke-10 LaLiga 2025/26 selepas menewaskan Barcelona 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di The Bernabeu sebentar tadi.
Ia bukan sahaja kemenangan ke atas musuh tradisi, malah jurang mata kedua-dua pasukan semakin besar apabila Real Madrid kini mendahului Barcelona dengan lima mata.
Pertembungan El Clasico itu jelas menarik untuk disaksikan dengan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan pantas dalam usaha memburu jaringan.
Real Madrid Lebih Unggul
Real Madrid hampir dihadiahkan sepakan penalti seawal minit kedua tetapi rujukan Video Assistant Referee (VAR) telah menafikan keputusan awal dibuat pengadil, Cesar Soto Grado.
Kylian Mbappe meledakkan jaringan pada minit ke-12 tetapi gol tersebut dibatalkan VAR selepas beliau dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.
Kehampaan itu ditebus Mbappe berselang 10 minit kemudian apabila larian melepasi perangkap ofsaid setelah menerima lorongan cantik Jude…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: