Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kerja memandu kenderaan besar merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar untuk digalas, pemandu bukan sahaja perlu menjaga kenderaan dan muatan yang dibawa, bahkan mereka perlu menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain yang ada di sekelilingnya juga. Lebih lagi apabila memandu pada waktu tengah-tengah malam dan awal pagi.
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @tobengshah berkongsi rakaman video di mana dia dan beberapa pemandu lori dan bas mengekori sebuah lori yang dipandu secara terhuyung-hayang dipercayai pemandunya sudah terlalu mengantuk namun tetap memaksa diri untuk meneruskan perjalanan.
Kenderaan-kenderaan besar lain yang mengekori belakang lori terbabit tidak henti-henti membunyikan hon dan memberi lampu tinggi untuk menyedarkan pemandu berkenaan.
@tobengshah mencemaskan..dari bukit tagar hgga ke t.malim..terpksa escort sebab risau mmbahayakan pemandu2 lain
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: