Menurut laporan Kosmo!, durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat, manakala kopi mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.
Gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia termasuklah risiko mabuk serta keracunan ringan.
Menurut Dr Ahmad Samhan pula, selain kopi, elakkan juga mengambil minuman beralkohol, berkarbonat, produk tenusu, makanan berminyak, pedas serta tinggi protein selepas anda ‘pulun’ makan durian.
“Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi.
“Rehatkan badan, minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan serta makan makanan ringan yang mudah hadam. Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: