Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata cadangan itu turut dipersetujui Kementerian Kewangan (MoF) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terbabit dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) yang dikelolakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Kita sedang drafkan supaya penjawat awam bagi lantikan tetap bercarum nanti akan terima bayaran bulanan sebagaimana pesara sekarang. Itu sudah boleh kita lakukan kerana ada persetujuan MoF dan KWSP.
“Kita sudah maklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), jika dapat selonggok (sebagaimana sekarang) ada pesara yang jadi mangsa scam hingga baru dua hari keluarkan duit, semuanya habis.
“Jadi kita drafkan supaya mereka terima (bayaran) secara bulanan, katalah setahun keperluan mereka RM25,000, jadi selebihnya simpanan itu akan dilaburkan semula dalam KWSP, ini (lebih menguntungkan) kerana akan terima pula dividen setiap akhir tahun, katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
