Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Elfira Loy Galakkan Kongsi Perkembangan Anak Di Media Sosial

today9 April 2021

Background

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, mula menimang cahaya mata sulungnya pada 1 Oktober 2019. Ketika itu ramai yang tidak menyangka El yang manis dan dianggap ‘adik’ bagi ramai terutama pemain-pemain di industri, sudah menjadi seorang ibu.

Setahun lima bulan kemudian, bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf atau lebih manja dipanggil Rayyan, kini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kecil-kecil dah popular tau. Akaun Instagram rasmi Muhammad Rayyan Khalaf Official meraih lebih 200 ribu pengikut setakat ini.

Baca juga: “Selipar Tandas Muslim Friendly RM79.90?” – Ini Penjelasan Sebenar Isu Selipar Muslim Friendly Neelofa

Terbaru, Elfira berkongsikan satu video pembelajaran Rayyan. Belum pun masuk dua tahun, Rayyan dah boleh mengenal dan menyebut beberapa nama haiwan seperti cat, dog dan monkey. Memang seorang anak pintar, cepat betul Rayyan belajar.

Elfira turut meluahkan rasa lega dan gembira kerana dia memilih untuk berkongsi perkembangan anaknya di media sosial. Bukan hanya sebagai memori atau kenangan digital, terang pelakon cilik ini, perkongsian perkembangan anak-anak di media sosial juga merupakan satu platform di mana ibu bapa boleh mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih.

Katanya, banyak ilmu yang dipelajari melalui posting yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang lain. Jika ada yang bertanyakan soalan kepadanya tentang Rayyan atau pengalamanya sebagai seorang ibu, dia akan tunjuk saja Instagram Rayyan.

Dalam hal ini, Elfira berpendapat jika ibu bapa ingin kongsikan perkembangan anak mereka di media sosial, mereka patut lakukannya dan jangan takut dengan kata-kata yang dilemparkan oleh orang lain.  Hal ini adalah kerana, mungkin ramai orang di luar sana yang mendapat manfaat daripada perkongsian tersebut.

Namun, Elfira turut berpesan supaya tidak membandingkan dan meletak satu tanda aras buat anak-anak. Setiap daripada mereka berbeza oleh itu, ibu bapa dan anak harus saling mempelajari antara satu sama lain.

Meninjau daripada ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji cara Rayyan belajar. Memang comel dan pandai betul Rayyan ni patutlah ramai peminat.

Sumber: Elfira Loy

Baca juga: “Tiara Pun Koyak Tengok MV Sembuh”- Achey Beri Hint Keluarkan MV Terbaru

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Gaya Hidup

11 K-Drama Dengan Rating Tertinggi & Mencetus Fenomena. Memang Best!

Walaupun serata dunia dibadai pandemik, bahang K-Wave tidak pernah padam. Drama-drama terbaru dan menarik masih disajikan kepada penggemarnya. Tambahan pula dengan pergerakan yang terhad dalam tempoh PKP di negara kita, maka ramai memilih untuk meluangkan masa menonton K-drama yang best! Memandangkan Vincenzo akan direhatkan seminggu (episod 17 ditayangkan pada 24 April), jom kita semak 11 K-Drama dengan rating... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 April 2021