Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX Elon Musk telah memutuskan untuk menjual rumah terakhirnya di Amerika Syarikat. Keputusan itu dibuat selepas dia berulang kali berkata dia mahu menjual sebahagian besar hartanya, termasuk semua rumahnya bagi membiayai misi ke Marikh. Menurut Business Insider, hartanah Elon Musk seluas 47 ekar di Hillsborough di Kawasan Teluk San Francisco itu dijual pada 2 Disember lalu dengan harga sekitar $30 juta atau RM126 juta, menurut MLSListings.com.
Difahamkan bahawa rumah itu telah dijual kepada seorang individu yang enggan didedahkan identitinya. Rumah yang dibeli oleh Musk pada tahun 2017 dengan harga USD$ 23 juta itu sebelum ini adalah kepunyaan Christian de Guigne IV yang sudah mendiami rumah itu selama 150 tahun. Musk difahamkan telah menjual hartanahnya sejak Mei lalu bagi membiayai misi membina koloni di Marikh, di mana beliau mahu menghantar 1 juta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
