Elon Musk, tokoh teknologi dan bilionair terkenal mengalami kerugian sebanyak USD29 bilion (RM128 bilion) dalam tempoh satu malam sahaja, lapor NDTV.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai individu terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan bersih sekitar USD319.6 bilion, menurut data terkini dari Forbes.
Kejatuhan ini didorong oleh kemerosotan mendadak saham syarikat automotif elektriknya, Tesla, yang jatuh sebanyak 15% pada Isnin lalu.
Ini merupakan penurunan terbesar saham Tesla sejak September 2020.
Secara keseluruhan, saham Tesla telah merosot sebanyak 55% berbanding paras tertingginya pada Disember 2024.

Sepanjang tahun 2025 ini sahaja, kekayaan Musk telah menyusut sebanyak USD132 bilion (RM2,169 trilion), iaitu lebih daripada 30%.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur, yang merasakan Musk terlalu banyak menghabiskan masa di Washington, DC, sehingga kurang memberi tumpuan kepada perniagaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: