PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) melalui anak syarikatnya, eMedAsia Sdn. Bhd. (eMedAsia) telah menjalinkan kerjasama eksklusif dengan CLEA Technology Sdn Bhd (CLEA).
CLEA adalah syarikat pertama yang menyediakan saringan CLEADOC Virtual Covid-19 Professional RTK and PCR (VCS) dan perkhidmatan lain yang berkaitan di negara ini.
Melalui kerjasama tersebut yang melibatkan penyepaduan sistem sokongan secara eksklusif, eMedAsia mampu menyediakan perkhidmatan CLEADOC VCS kepada pengembara dari luar negara dan dalam negara sebagai persediaan kepada fasa seterusnya selepas pembukaan sempadan.
Pengerusi Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP MMA) dan Pengarah eMedAsia, Dr. Thirunavukarasu Rajoo berkata, pengumuman pembukaan sempadan negara adalah satu langkah terbaik kerajaan untuk beralih secara berperingkat-peringkat kepada fasa endemik.
“Malaysia dijangka menerima kunjungan lebih daripada empat juta pelancong manakala lebih ramai rakyat di negara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: