Site icon Kool FM

Empat Murid Di Johor ‘Kena Belasah’ Gara-Gara Intai Guru Hisap Rokok


Seorang guru di Johor didakwa menampar, menumbuk, dan juga mencekik empat pelajarnya kerana tidak berpuas hati apabila kelakuan beliau menghisap rokok di dalam bilik stor sekolah diketahui, lapor Kosmo!

Selain memukul, dia juga telah dituduh menggunakan bahasa yang kasar sambil memarahi pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, mengesahkan bahawa ibu bapa pelajar terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Ayer Baloi berikutan kejadian itu.

Siasatan awal mendedahkan bahawa apabila pulang ke rumah, pelajar terbabit difahamkan menangis dan trauma dengan apa yang terjadi dan mengadu kepada keluarga masing-masing.

Seorang pelajar dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian atas badan dan kening kiri.

Semasa disoal siasat polis, guru tersebut mengaku berang apabila kelakuannya menghisap rokok di dalam bilik stor sekolah telah diperhati oleh pelajar tersebut.

Walaupun terdapat pengakuan daripada guru tersebut, tiada tangkapan dibuat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version