Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Empat Tonggak Utama Dipanggil Perkuat Benteng Pertahanan Malaysia

today9 February 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan empat tonggak yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober lalu telah dipanggil ke kem latihan pusat bagi menghadapi saingan Piala AFF B-23 di Kemboja minggu depan.

Empat pemain tersebut iaitu penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta tiga pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar, kesemuanya dari  kelab Selangor FC.

Ketua jurulatih, Brad Maloney memanggil mereka untuk memperkuatkan benteng pertahanan yang dilihat agak goyah ketika aksi persahabatan bertemu Sabah di Kota Kinabalu pada hari sabtu lepas.

Senarai akhir 28 pemain yang dipilih mewakili negara dalam Piala AFF B-23 akan diumumkan pada hari jumaat ini.

Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari 2022 bagi menghadapi tiga perlawanan Kumpulan B…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post