Site icon Kool FM

Empayar Bintang terima anugerah di Indonesia


PETALING JAYA – Syarikat perancang acara milik penuh bumiputera, Empayar Bintang Weddings (Empayar Bintang) berjaya mengharumkan nama Malaysia di luar negara selepas mendapat anugerah pengiktirafan di Indonesia.

Pengasasnya, Mohd. Azroy Jalaluddin berkata, pihaknya dipilih memenangi Anugerah ASEAN 2023 bagi Kategori Katering ASEAN anjuran majalah popular negara seberang itu, Indonesia Award Magazine atas kejayaan menganjurkan satu acara di Bangkok, Thailand sebelum ini.

Menurut beliau, syarikatnya tidak pernah terfikir untuk menerima anugerah itu memandangkan senarai pencalonan yang sengit terutama daripada syarikat perancang negara ASEAN lain.

“Sudah semestinya kami berasa bangga kerana dapat membawa nama malaysia ketika berada di sana menerima anugerah ini.

“Penyertaan daripada syarikat-syarikat lain amat banyak. Saya tidak menyangka dengan memperoleh kejayaan ini.

“Anugerah ini akan memberi motivasi tinggi kepada kami untuk 2023 ini agar syarikat lebih sukses, maju dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version