PETALING JAYA – Berdepan dengan masalah penipuan dalam dunia perniagaan adalah satu lumrah yang pastinya diuji bagi mana-mana usahawan sama ada daripada syarikat bersaiz kecil atau besar.
Cara mana untuk berdepan dan keluar daripada masalah tersebut, bergantung kepada kekuatan semangat dan usaha masing-masing.
Berbeza bagi dua rakan kongsi niaga syarikat Ezcare Warranty Sdn. Bhd. (Ezcare) apabila mereka melihat masalah ketirisan dan penipuan yang dialami sepanjang 11 bulan tahun pertama syarikat telah memberi rahmat besar buat mereka.
Ia memberi peluang untuk mereka bangkit kembali sekali gus berjaya menawan industri penyediaan perkhidmatan program jaminan selepas pasaran untuk kereta import terpakai dan kereta terpakai.
Pengasas syarikat, Ahmad Ibrahim, 43 dan pengasas bersamanya, Amirul Akmar, 38, menyifatkan ilmu dan pengalaman setelah ditipu bekas kakitangan bengkel serta beberapa bengkel yang lain bernilai kira-kira RM400,000 dianggap sebagai segulung ijazah yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: