PETALING JAYA – Sebanyak enam buah projek daripada 138 permohonan telah terpilih sebagai penerima Geran Komuniti Merdeka oleh anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd., PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PMVSB) dengan kerjasama organisasi penjanaan semula bandar, Think City Sdn. Bhd.
Geran tersebut yang diumumkan pada Jun lalu membawa matlamat memupuk sinergi antara komuniti setempat dan pembangunan bercampur Merdeka 118, dengan tumpuan kepada lima lokasi penting iaitu Presint Jalan Petaling, Jalan Hang Tuah, Kampung Attap dan Pudu serta Kuadran Sukan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, program geran itu membuka ruang bagi Merdeka 118 memainkan peranan dalam menggiatkan semula Bandar Raya Kuala Lumpur.
“Kami bertekad untuk mendekati dan melibatkan penduduk sekitar bersama-sama menyumbang dalam usaha membangunkan lokasi ini.
“Projek-projek terpilih akan memberi kesan positif kepada masyarakat sekitar dengan meningkatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
