Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Enda Group suntik nilai tambah dalam industri pelancongan Negeri Sembilan

today12 May 2025

Background


SEREMBAN – Enda Group Sdn. Bhd. (Enda Group) berkeyakinan terhadap Galeri Pelawat Siti Khadijah di Laman Khadijah di sini bakal menjadi satu lagi faktor penarik dalam destinasi pelancongan sekali gus membantu melonjakkan pendapatan dalam industri pelancongan Negeri Sembilan.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, ini kerana jenama produk keluaran syarikat iaitu Siti Khadijah sudah cukup ter­kenal bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran yang bakal menarik minat pelancong domestik dan asing berkunjung ke galeri terbaharu yang dibangunkan syarikat di sini.

“Galeri Pelawat ini bakal memberi nilai tambah kepada industri pelancongan Negeri Sembilan mahupun Malaysia secara ke­seluruhan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pe­rasmian Galeri Pelawat Siti Khadijah di Laman Khadijah yang disempurnakan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud di sini baru-baru ini.

Galeri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: NUR SHARIEZA ISMAIL


Previous post