Site icon Kool FM

Endrick & Casagrande Antara Yang Terima Padah Akibat Pergaduhan

Endrick Casagrande




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Dua tonggak Penang FC, Endrick Dos Santos dan Casagrande Anselmo Arruda Da Silva antara pemain yang didapati bersalah dan bakal merima hukuman susulan pergaduhan yang berlaku pada Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru dalam perebutan Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022 tempoh hari.

Hukuman yang dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menyaksikan Endrick digantung dua minggu manakala Casagrande perlu menunggu lebih lama apabila beliau menerima hukuman selama sebulan.

Selain itu, dua pemain Terengganu II iaitu Muhd Aqil Irfanuddin Mohd Sabri dan Mohammad Ridzuan Mohd Razali turut menerima nasib yang sama.

Lebih malang buat Ridzuan apabila beliau terpaksa menghadapi penggantungan selama dua bulan, berbanding sebulan buat Aqil. Hukuman bagi keempat-empat pemain tersebut juga tidak boleh dirayu.

Berikut merupakan kenyataan penuh yang dikeluarkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version