PETALING JAYA – Engie-Sunway DCS Sdn. Bhd. (Engie-Sunway) telah memeterai perjanjian bina, miliki, kendali dan pindah milik (BOOT) bagi mewujudkan sistem penyejukan berpusat hab gaya hidup tepian air bersepadu baharu bagi Sunway Property.
Hab tersebut bakal dikenali sebagai Sunway South Quay Commercial Precinct 2 (CP2).
Engie-Sunway adalah syarikat bersekutu dengan pemilikan 40 peratus kepentingan oleh Sunway SK Sdn. Bhd. yang juga merupakan anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Berhad (SunCon).
Ketua Pegawai Eksekutif Penyelesaian Tenaga Asia Pasifik dan Ketua Negara Engie, Thomas Baudlot berkata, pembangunan Sunway South Quay CP2 terdiri daripada blok pejabat 23 dan 21 tingkat, komponen runcit Engie setinggi lima tingkat dan blok universiti 12 tingkat.
Ia juga terdiri daripada Pusat Seni Persembahan Sunway University dengan pensijilan LEED Gold dan GreenRE yang melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM2 bilion.

“Penyelesaian rendah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: