Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

England Ke Separuh Akhir Selepas Atasi Switzerland Melalui Penentuan Penalti

today7 July 2024

Background
England


England meneruskan kemaraan ke separuh akhir Euro 2024 selepas berjaya menundukkan Switzerland 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah aksi 120 minit terikat 1-1.

Seperti dijangka, England jelas berdepan kesukaran dimana Switzerland dilihat lebih berbahaya dalam mengancam gawang skuad kendalian Gareth Southgate itu.

Baca Juga:

Bagaimanapun, tiada sebarang percubaan tepat dapat dijelmakan oleh kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama.

Aksi kedua lebih menarik dengan Breel Embolo mendapat peluang pada minit ke-50 dalam kawasan penalti, namun percubaan leret dilakukannya dapat diselamatkan penjaga gol England, Jordan Pickford.

Kekecewaan itu ditebus Embolo pada minit ke-75 selepas beliau dengan mudah menolak masuk bola hasil hantaran lintang Dan Ndoye untuk meletakkan Switzerland dihadapan.

Kegembiraan itu bagaimanapun hanya mampu bertahan lima minit selepas percubaan daripada luar kawasan penalti berjaya menewaskan Yan Sommer untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post