KUALA TERENGGANU – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), penyedia perkhidmatan sokongan kepada industri minyak, gas dan pelaburan, menyasarkan perolehan pada tahun ini bertambah kepada RM379.1 juta dengan pertumbuhan melonjak sebanyak 12 peratus.
Tahun lalu, perolehan yang dicatat oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu itu adalah sebanyak RM339.6 juta yang mana 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh segmen pelabuhan, 27 peratus daripada perkhidmatan kejuruteraan dan baki tiga peratus daripada tenaga boleh diperbaharui.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ridzuan Ali berkata, peningkatan pada tahun ini bakal disumbangkan oleh anak syarikat Kumpulan iaitu Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (PBK) yang merupakan segmen perniagaan paling berdaya saing.
PBK terdiri daripada tiga dermaga Pelabuhan Terengganu dan ia adalah pelabuhan paling dalam di negara ini selepas Pelabuhan Labuan yang berkemampuan menerima kapal 150,000 tan berat muatan.
“Kerja-kerja…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: