Site icon Kool FM

EPMB catat untung bersih RM13.32 juta suku kedua


PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM13.32 juta pada suku berakhir 30 Jun 2023 (2Q 2022).

Untung bersih itu adalah pemulihan daripada kerugian bersih RM1.73 juta pada suku kedua fiskal dan keputusan ini disokong oleh keuntungan sebanyak RM13.6 juta daripada penjualan harta milik Kumpulan di Glenmarie, Shah Alam.

Bagaimanapun, tanpa mengambil kira keuntungan daripada penjualan tersebut, EPMB melaporkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM0.1 juta daripada operasi, penurunan sebanyak 93.8  peratus daripada LBT RM1.60 juta daripada operasi pada 2QFY2022. 

Peningkatan prestasi ini didorong oleh lonjakan pendapatan 28.1 peratus tahun ke tahun kepada RM137.86 juta berbanding RM107.63 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, untuk suku berakhir 30 Jun 2023, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM137.86 juta berbanding RM107.63 juta suku yang sama tahun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version