PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB), penyedia penyelesaian automotif terkemuka Malaysia, telah mengumumkan dua usaha sama strategik dengan Sanly China dan Jujin China sebagai usaha untuk mempertingkatkan pengeluaran komponen utama automotif di peringkat tempatan bagi Proton Saga MC3.
Kerjasama ini menegaskan komitmen EPMB dalam memperkukuh keupayaan pembuatan automotif Malaysia sambil memastikan kecekapan kos dan kualiti tinggi kepada pengeluar peralatan tulen (OEM).
Pengarah Eksekutif EPMB, Aidan Hamidon berkata, melalui anak syarikatnya, PEPS-JV (M) Sdn Bhd, EPMB telah memeterai usaha sama dengan Sanly China bagi memulakan pengeluaran tempatan modul penjuru hadapan, modul sub-rangka dan pemasangan gandar belakang untuk Proton Saga MC3.
Menurut beliau, perjanjian tersebut telah diitandatangani baru-baru ini bagi menggabungkan teknologi kerja logam maju Sanly China dengan operasi sedia ada EPMB di Batang Kali, Selangor sekali gus memperkukuh rantaian bekalan agar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: