PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjalinkan kerjasama dan meneroka Ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) dan Penghantaran Pantas.
Melalui usaha sama tersebut, kedua-dua entiti tersebut bercadang meneroka penubuhan pelan pengeluaran dan pemasangan tempatan bagi EV 2-roda dan 4-roda.
Projek tersebut membabitkan penyediaan infrastruktur pemasaran untuk menjual EV di pasaran Malaysia, bersama sokongan rangkaian pengecasan.
Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, pada peringkat awal, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan ekosistem penghantaran pantas dengan menggabungkannya dengan sistem pembayaran elektronik.
“Langkah itu akan menakrifkan semula infrastruktur penghantaran semasa dan menggabungkannya untuk dilaksanakan di peringkat seterusnya.
“Ia juga akan memacu platform berstruktur dan bersepadu yang memberi perkhidmatan lebih baik kepada semua peringkat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
