PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah memeterai memorandum kerjasama (MoA) dengan SAEAN Group Inc (SAEAN) yang berpangkalan di California.
Kerjasama tersebut bertujuan untuk membangunkan dan mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) bagi segmen A iaitu kereta elektrik empat tempat duduk lima pintu.
Pakatan strategik itu juga mungkin mendorong kedua entiti tersebut meneroka dalam pembuatan EV industri berat untuk sektor pembinaan.
Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, di bawah perkongsian tersebut, SAEAN akan menawarkan pengetahuan teknikal dan reka bentuk untuk EV selain dibangunkan bersama EPMB.

“Kami menyasarkan untuk mengeluarkan secara besar-besaran sebanyak 20,000 EV setahun untuk pasaran Asia Tenggara, sekali gus menandakan penerokaan EPMB dalam pembuatan EV.
“Ini adalah satu lagi peristiwa penting bagi EPMB, berikutan usaha berterusannya untuk mengeluarkan skuter elektrik dan menerokai perdagangan kredit karbon,” katanya dalam kenyataan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: