PETALING JAYA – Pengeluar alat ganti automotif, EP Manufacturing Bhd. (EPMB) mencatat pemulihan pada suku keempat berakhir 31 Disember 2021 (S421) dengan keuntungan bersih suku tahunan tertinggi sepanjang tujuh tahun.
Ini berjaya dicapai di sebalik kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan bencana banjir di Semenanjung Malaysia Disember 2021, yang mengganggu operasi banyak pengeluar kereta.
Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, Kumpulan mencatat keuntungan bersih selepas cukai pada 4Q21 melonjak kepada RM2.74 juta berbanding kerugian bersih selepas cukai iaitu sebanyak RM0.62 juta pada suku yang sama sebelumnya.
“Asas Kumpulan mengukuh didorong langkah strategiknya menyelaraskan kos dan meningkatkan kecekapan operasi serta susut nilai dan pelunasan yang lebih rendah pada suku dalam tinjauan susulan beberapa jentera telah mengalami susut nilai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.
Pendapatan EPMB pada 4Q21 direkodkan pada RM126.8 juta berbanding RM134.2…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
