PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan Homologasi, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan Malaysia 1987 untuk mendaftar dan melesenkan kenderaan elektrik dua roda (EV) pertamanya.
Kebenaran itu diperoleh kira-kira sebulan selepas Kumpulan menerima Kelulusan Bersyarat daripada kerajaan untuk pembinaan kilang pembuatan sulungnya bagi pengeluaran kenderaan dua roda elektrik yang dikenali sebagai Blueshark SG3000DT atau lebih dikenali sebagai Blueshark R1.
Sijil VTA itu telah dikeluarkan kepada EP Blueshark Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh EPMB.
Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, melalui kelulusan ini, ia akan membuka lembaran baharu kepada Kumpulan untuk mempelbagaikan pelengkap kepada perniagaannya sekarang.
“Kami kini selangkah lebih dekat untuk meraih unjuran lonjakan permintaan untuk EV dua roda di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
