
PETALING JAYA – ES Sunlogy Berhad (ES Sunlogy) penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) serta penjanaan dan penjualan tenaga boleh diperbaharui, telah menyempurnakan projek loji fotovoltaik solar Selarong Pertama Energy Sdn. Bhd. (SPE) di Kulim, Kedah.
Setelah siapnya projek ini, ia menandakan kejayaan syarikat dan sekali gus mengukuhkan penyertaannya dalam bidang peralihan tenaga.
Pengarah Urusan ES Sunlogy, Khor Chuan Meng berkata, penyempurnaan loji fotovoltaik solar SPE menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan tenaga boleh diperbaharui syarikat.
Menurut beliau, ini menunjukkan keupayaan syarikat untuk menyediakan infrastruktur tenaga bersih berskala utiliti bersama rakan kongsi industri yang mantap.
“Projek ini mengukuhkan kehadiran kami dalam landskap peralihan tenaga Malaysia sambil menyokong strategi jangka panjang kami untuk membina aliran pendapatan berulang melalui aset tenaga boleh diperbaharui,” katanya.
Beliau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: