
SHAH ALAM – Lebih daripada 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bersama ibu bapa mereka dari seluruh negara telah diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic 2026 di sini kelmarin.
Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed berkata, majlis itu bukan sahaja platform penghargaan yang sekadar meraikan kejayaan akademik tetapi juga untuk mengangkat mesej lebih besar tentang bagaimana potensi anak-anak perlu disokong, dibina dan disuburkan secara konsisten bermula dari rumah.
Menurutnya, dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, kejayaan anak tidak lagi boleh diukur melalui keputusan peperiksaan semata-mata tetapi perlu dilihat secara lebih menyeluruh melalui keupayaan mereka untuk berfikir secara kritis, berdaya tahan, kreatif, menyesuaikan diri dan terus berkembang dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

“Potensi anak tidak hanya dibina di dalam bilik darjah, tetapi bermula dari rumah melalui pemakanan yang seimbang,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: