PETALING JAYA – Syarikat pengeluar minuman halal terkemuka, Kumpulan Etika mengumumkan pelantikan Santharuban Thurai Sundaram sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, menggantikan Khalid Alvi.
Pelantikan tersebut dibuat dalam tempoh penting dalam pertumbuhan Etika yang kini sedang membuka ruang untuk alternatif yang lebih sihat dan pendekatan mampan dalam industri barangan pengguna bergerak pantas (FMCG).
Etika dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, Santharuban tidak asing dalam industri FMCG dengan pengalaman lebih dua dekad.
“Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Gantian Etika dan terbaharu, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Advend, sebuah perniagaan layan diri berpusat di Singapura yang telah diambil alih Etika pada 2019.
“Di bawah kepimpinan beliau, industri FMCG di Malaysia menyaksikan beberapa kempen dan strategi inovatif yang telah membangkitkan jenama seperti Kopi WONDA…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
