Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk menguatkuasakan etika pakaian patuh Syariah di negeri mereka terutama membabitkan pelancong asing.
Bagi memastikan pelancong khususnya warga asing mematuhi etika berpakaian, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pengusaha pelancongan, aspek pemantauan dan penguatkuasaan.
Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Terengganu, Datuk Razali Idris memberi bayangan bahawa pelaksanaan ini akan dikuatkuasakan di pulau pelancongan seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang menjadi tumpuan pelancong antarabangsa.
“Etika pakaian mesra syariah bermula di semua pintu masuk ke negeri ini. Kita juga akan meletakkan papan tanda tentang adab ini di semua pintu masuk ke Terengganu,” katanya.
Cadangan ini hadir selepas ADUN Ladang, Zuraida Md Noor menggesa kerajaan negeri memperkasakan penguatkuasaan pakaian mesra Syariah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
