KUALA LUMPUR – Kumpulan Evoair, pengeluar pendingin hawa mesra alam, menjangkakan cadangan penyenaraian sahamnya di Papan Utama Nasdaq yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat bakal menjana hasil sehingga RM170 juta.
Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan, Kevin Chan berkata, penyenaraian tersebut dijangkakan pada suku keempat tahun depan.
Menurutnya, ini adalah usaha Kumpulan untuk meluaskan asas modal dan membina empayar ke peringkat antarabangsa dalam bidang berkaitan pemanasan, ventilasi dan pendingin hawa (HVAC) serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
Melalui usaha tersebut, Kumpulan dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan gaya hidup masyarakat terhadap inisiatif hijau, selain dapat melindungi bumi daripada terus tercemar.
“Kami memfokuskan proses penyenaraian ke Nasdaq dan kemudian beralih kepada pengapungan saham syarikat di Bursa Malaysia pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memeterai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
