Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Exco Kongsi Sebab Tidak Perlu Ubah Nama George Town Jadi Tanjung Penaga

today17 July 2024

Background
'Tiada Keperluan Ubah Nama George Town Jadi Tanjung Penaga' – Exco


Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai menegaskan isu pertukaran nama George Town kepada Tanjung Penaga tidak wajar dijadikan isu susulan George Town telah dimasukkan secara rasmi ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), lapor MalaysiaGazette.

Menurutnya lagi, nama ‘Tanjong’ sebenarnya telah lama diangkat ke Dewan Rakyat sebagai nama kawasan Parlimen.

Baca Juga:

“Oleh itu, tiada isu penukaran nama yang timbul berkaitan dengan nama tempat tersebut.

“Selain tersenarai dalam UNESCO, George Town juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelancongan terkenal di Malaysia yang telah menarik pelancong dari seluruh dunia,” jelasnya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Respon exco itu dikongsikan selepas Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang meminta kerajaan negeri mempertimbangkan semula nama

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post