BANGI – Ezcare Warranty Sdn. Bhd. (Ezcare) dan KWT Technology telah mengambil langkah awal meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengusaha bengkel kenderaan di negara ini tentang keperluan persediaan menghadapi ledakan trend pasaran ke arah penggunaan kenderaan elektrik (EV) pada masa depan.
Kerjasama antara dua pihak tersebut telah berjaya membangunkan pusat sehenti untuk menyelenggara dan membaiki EV melalui syarikat ECW Garage yang terdapat di Sungai Chua dan sebuah di Kuching, Sarawak manakala satu lagi di bawah pengoperasian syarikat KWT Technology di Bangi.
KWT Technology adalah antara pemain yang berpengalaman dalam EV dan kenderaan hibrid sejak empat tahun lalu, manakala Ezcare pula adalah sebuah syarikat bumiputera yang menawarkan perkhidmatan jaminan selepas jualan untuk kereta import terpakai dan kereta terpakai, dilengkap dengan konsep bengkel terbuka serta perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan.

Pengasas Bersama Ezcare, Amirul Akmar berkata, kerjasama dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: