Kool FM

Ezzanie Jasny – Hantaran Di Threads Tak Tuju Kepada Sesiapa


Pelakon Ezzanie Jasny tampil memberi penjelasan berhubung hantaran yang dimuat naik di Threads baru-baru ini selepas ia mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

Ezzanie tak tuju kepada sesiapa

Ketika ditemui OhBulan!, Ezzanie atau nama penuhnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, menjelaskan bahawa hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

Menurut Ezzanie, dia sekadar berkongsi pandangan umum selain ingin melihat reaksi serta maklum balas pengguna Threads terhadap isu yang dibangkitkan.

Perkongsian itu sekadar mewakili suara netizen sebab saya tahu pengguna Threads suka membalas komen. Jadi saya saja post untuk tengok maklum balas mereka.

Ia sekadar social experiment.

Ezzanie berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Bulan Henti Bicara yang berlangsung di Bizmilla Grand Hall Putrajaya pada Selasa.

Dalam masa sama, pelakon berusia 27 tahun itu menegaskan dia tidak bimbang sekiranya ada pihak yang mengaitkan hantaran tersebut dengan individu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version