Persatuan Bola Sepak England (FA England) dilaporkan memberikan lampu hijau untuk mendapatkan khidmat pengurus asing untuk mengemudi skuad The Three Lions.
England terpaksa mencari pengurus baharu selepas Gareth Southgate mengumumkan peletakan jawatan sebaik sahaja tewas pada perlawanan akhir Euro 2024 ditangan Sepanyol pada 15 Julai lalu.
Baca Juga:
Keputusan yang sekali gus menamatkan jodoh Southagate dan England dimana beliau mula menjawat jawatan panas tersebut sejak September 2016.
Sehubungan dengan itu, menurut sumber laporan Goal menyatakan bahawa FA England kini dalam proses mengenal pasti penggantinya dan tidak menolak kemungkinan pelantikan jurulatih asing.
Idea yang diutarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FA England, Mark Bullingham telah mendapat sokongan sembilan orang Ahli Lembaga Pengarah dan cadangan tersebut telah diluluskan.
Sehubungan dengan itu, dua bekas pengurus Chelsea iaitu Mauricio Pochettino dan Thomas Tuchel merupakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: